18 Sept 2018

@beritartm: 17 SEPT


KUALA LUMPUR - Syarikat gergasi tempatan atau pelabur tempatan perlulah membantu kerajaan dengan melabur dalam projek mega yang dikenalpasti sebagai membantu rakyat. Ia juga sebagai langkah mengurangkan kebergantungan ekonomi kepada pihak luar selaras dengan situasi ekonomi yang tidak menentu. 

Jelas tokoh korporat, Tan Sri Robert Phang, ia merupakan langkah – langkah yang diambil sementara dalam mengatasi pembatalan projek-projek mega berikutan kos yang terlalu tinggi dan tidak dapat ditampung akibat daripada kegawatan ekonomi negara. 

Dengan penyertaan syarikat gergasi atau pelabur tempatan, pelbagai aspek positif dapat dinikmati bersama.Antaranya ialah pengambilan pekerja tempatan, mengurangkan hutang negara dan membantu pertumbuhan syarikat tempatan lain. 

Tambah Tan Sri Robert Phang, pelaburan asing juga penting namun pelaburan mereka perlu bersyarat.Seperti yang pernah ditegaskan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, pentadbiran dan pengurusan projek berkenaan perlu diuruskan oleh orang tempatan. 

Berhubung pembatalan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), kerajaan disaran untuk mengambil syarikat tempatan dan pakar pengangkutan awam tempatan bagi meguruskan projek ECRL tersebut. 

Tan Sri Robert juga menjelaskan, projek ECRL mampu memberikan keuntungan yang besar kepada kerajaan termasuk pembangunan Pantai Timur yang lebih pesat.Ia mampu membangunkan negeri-negeri seperti Kelantan dalam pelbagai faktor.


Source : https://www.yooying.com/p/1870370363553094480_7149375625