Usaha bagi mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap pencegahan jenayah sentiasa dilaksanakan kerajaan dan pihak berkaitan bagi memastikan kegiatan jenayah tidak terus menggugat keselamatan orang ramai. Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) misalnya, berusaha ke arah itu dengan mengadakan kerjasama strategik bersama sektor swasta dan persatuan penduduk.
Satu daripada program dilaksanakan adalah Prevention Will Save The Day (PWSTD) (Pencegahan Menyelamatkan Hari Anda) dan memperoleh dana sebanyak USD56,000 (kira-kira RM 173,600) daripada Motorola Foundation bagi memacu usahan menjayakannya.
Persatuan Penduduk yang disenarai pendek akan dijemput untuk menyertai Voluntary Surveillance Observation Point (VSOP) sistem yang digabungkan dengan Voluntary Patrolling Scheme (SRS) yang terletak di bawah Jabatan Perpaduan dan Integerasi.
Untuk jangka pendek , program ini mensasarkan 12 kawasan kediaman yang terletak di empat negeri hotspot (Kuala Lumpur , Selangor , Johor & Pulau Pinang ). Anggota MCPF , Tan Sri Robert Phang (atas), berkata : "Untuk jangka panjang, rakyat Malaysia akan dibekalkan dengan pengetahuan pencegahan yang membolehkan mereka bertindak lebih proaktif terhadap sesuatu situasi atau kejadian.
"Ia juga adalah untuk membentuk keyakinan diri dan apa yang lebih penting projek ini bertindak membentuk golongan dewasa menjadi mereka yang dapat memberikan perlindungan di dalam komuniti mereka."
Source : Berita Harian ( 18-11-2011) page 17

No comments:
Post a Comment