2 Oct 2012

MCPF MELAWAT POLIS MANGSA TEMBAK

PETALING JAYA, 29 Sept -- Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye (tiga kiri) bertanya khabar kepada Koperal R. Subramaniam, 51, mangsa kes tembak sekumpulan penjenayah ketika mengadakan lawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini hari ini.

Mangsa merupakan anggota polis unit peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields yang cedera di bahagian perut dan rakan setugasnya Koperal Nor Azlan Abu Bakar, 41, cedera di leher dalam kejadian kira-kira 6.45 petang pada 27 September lepas, dua anggota berkenaan ditembak ketika cuba melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kereta yang dinaiki empat lelaki di persimpangan lampu isyarat di kawasan Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya berdekatan Kuchai Lama di sini.

Turut hadir isteri mangsa, P. Jiverege, 45, (dua, kanan), Ahli Exco MPCF, Tan Sri Robert Phang Miow Sin (dua kiri) dan Datuk Wong Pui Lam (kiri).


Source : Bernama

No comments: