KUALA LUMPUR 19 Mei - Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek didesak supaya segera meletakkan jawatannya bagi memberi laluan kepada muka baru yang lebih berkaliber untuk menebus kembali kekalahan teruk pada Pilihan Raya Ke-13 (PRU-13).
Bekas anggota Majlis Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang berkata, tindakan Soi Lek yang masih bermain tarik tali berhubung peletakan jawatannya itu adalah tidak bertanggungjawab dan mengecewakan ramai pihak.
MCA akan terus jadi tidak relevan sekiranya Soi Lek masih mahu terus menjadi Presiden. Cukuplah, MCA sudah ditolak lebih 80 peratus masyarakat Cina di negara ini. Apa lagi yang tinggal?
Kekalahan memalukan ini juga adalah tanggungjawab Soi Lek kerana gagal dalam menjalankan tugasnya dengan baik. Soi Lek perlu berundur secepat mungkin, jangan terus beri alasan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas pendirian Soi Lek yang masih berteka-teki dengan hanya membuat pengumuman akan meletak jawatan antara Jun hingga Disember ini iaitu ketika proses pemilihan parti itu berlangsung bagi memberi laluan kepada pemimpin baharu.
Kata Soi Lek, beliau tidak akan tunduk kepada desakan yang mahukannya meletak jawatan serta-merta termasuk oleh pemimpin veteran MCA kerana masih perlu menyelesaikan beberapa perkara dan hanya akan berundur apabila tiba masa sesuai.
MCA hanya menang tujuh daripada 37 kerusi Parlimen yang ditandingi dan 11 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU-13.
Dalam pada itu, Robert Phang turut menyalahkan sikap Soi Lek yang gemar mengugut masyarakat Cina pada PRU-13 sebagai antara punca kekalahan teruk parti itu.
Beliau ingat dengan mengugut masyarakat Cina supaya hanya mengundi MCA sebagai taktik yang berkesan, sedar-sedar kalah dengan teruk sekali. Pemikiran orang Cina sudah berubah, janganlah gunakan taktik kurang bijak seperti ini pada masa hadapan.
Sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat, beliau perlu mencontohi cara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang rajin turun padang di setiap pelosok negara, katanya.
Source: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130520/po_08/Soi-Lek-perlu-berundur-demi-masa-‘depan’-MCA---Robert-Phang#ixzz2TnFznX31

No comments:
Post a Comment