KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu mendengar suara akar umbi sekiranya mahu menyelesaikan isu berkaitan dengan kebajikan rakyat yang telah dibeban dengan kos sara hidup yang tinggi.
Jelas bekas Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, SPRM, Tan Sri Robert Phang, suara rakyat adalah paling penting berikutan kerajaan adalah dipilih oleh rakyat.
Pentadbiran perlu berpaksikan kehendak rakyat dan menyelesaikan masalah di akar umbi berlandaskan idea yang rasional.
Beliau turut memuji kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengurangkan cukai perkhidmatan dan barangan, GST kepada 0 peratus, cadangan pemansuhan cukai pelancongan dan sistem pembayaran pinjaman PTPTN.
Pada masa yang sama juga, Tan Sri Robert Phang meminta supaya ahli dewan negara yang dilantik perlu bersifat neutral dan berbahas dengan rasional.
Beliau turut mendakwa di bawah kepimpinan yang lalu, ahli dewan negara yang dilantik tidak menunjukkan prestasi yang baik malah ada yang tidak mahir berbahas.
Dewan Negara juga perlu diangkat martabat sebagaj dewan yang paling mulia dan dihormati selaras dengan kematangan ahlinya.
Source : http://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional/15198-suara-rakyat-adalah-paling-penting-berikutan-kerajaan-adalah-dipilih-oleh-rakyat