9 May 2012

Malaysia Bina Kenderaan Penyelamat Pelbagai Guna Pertama Seumpamanya

Klang , 8 Mei ( Bernama ) -- Kenderaan Penyelamat Pelbagai Guna yang dibangunkan Malaysia (MRV) , pertama seumpamanya di dunia , dan berkeupayaan menjalankan misi penyelamat kritikal , dilancarkan di sini.

Unit itu yang dilengkapi keupayaan memaamkan kebakaran m dibangunkan khusus untuk  menagangi keadaan teruk seperti banjir, tsunami , gempa bumi dan boleh melalui muka bumi sukar , jika berlaku bencana.

MRV yang dikeluarkan oleh LWK Automotive Green Technologies Sdn Bhd (LWK Green), dibina menggunakan Sistem Pacuan Kuasa Haidraulik (HPDS) , mampu menjimatkan penggunaan tenaga sehingga 20kw menggunakan generator.

Kenderaan itu boleh dipandu pada cerun 45 darjah , rupa bumi berbukit , berlumpur , licin dan jalan buruk , selain  boleh tenggelam dalam air sedalam  enam kaki.

Menteri  Sains , Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili dalam ucapan pada pelancaran itu berkata MRV itu dibina menerusi geran kementerian berjumlah RM 2.2 juta. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.


Source : Bernama

No comments: