23 Oct 2010

Ong Tee Keat to grill Transport Minister on PKFZ at Parliament

KUALA LUMPUR - Pandan MP Dato’ Seri Ong Tee Keat is continuing his relentless strive to fully expose the multi-billion-ringgit Port Klang Free Zone (PKFZ) financial scandal in Parliament.Ong has submitted 10 oral questions for the current Parliament session, leading with queries directed at Transport Minister Datuk Kong Cho Ha. Of the 10 orals questions submitted, four are related to the PKFZ sham.
The following are details of the questions submitted:

PERTANYAAN-PERTANYAAN UNTUK JAWAB LISAN OLEH AHLI PARLIMEN PANDAN YB DATO SRI ONG TEE KEAT

(1) YB Dato’ Sri ONG TEE KEAT minta Menteri Pengangkutan menyatakan

(a) kenapa dana sukuk yang wujudkan oleh Kuala Dimensi Sdn Bhd bagi membiayai projek PKFZ melalui empat (4) buah SPV itu dibenarkan agar mengenakan kadar faedah yang setinggi 7.5% setahun, berbanding dengan kadar 5% setahun yang telah dipersetujui pada peringkat awal.

(b) Apakah sukuk itu pernah diberi jaminan oleh Kerajaan? Jika ya, mengapa? Jika tidak, kenapa Lembaga Pelabuhan Kelang diarahkan oleh Menteri untuk menjelaskan bayaran faedahnya tahun ini walaupun projek PKFZ itu didapati terdapat banyak kekurangan dan kecacatan dalam pembinaannya?

(2) YB Dato Sri ONG TEE KEAT minta Menteri Pertanian menyatakan sebabnya setakat kini hasil padi dari sesuatu kawasan, umpamanya Chui Chak dan Sekinchan, masih tidak boleh dipasarkan di luar sempadan negeri yang berkenaan. Tidakkah amalan itu mengehadkan pemasaran hasil padi kaum petani yang berkenaan, dan justeru menjejaskan rezeki mereka?

(3) YB Dato Sri ONG TEE KEAT minta Menteri Pelancongan menyatakan bilangan lawatan beliau ke seberang laut sejak menyandang jawatan ini. Berapakah jumlah perbelanjaan yang terbabit dan apa pula keberkesanan lawatan-lawatan yang dimaksudkan, baik dari segi kualitatifnya mahupun kuantitatifnya.

(4) YB Dato Sri ONG TEE KEAT minta Menteri Dalam Negeri menyatakan satakat ini samada penyiasatan polis terhadap kes PKFZ telah tamat. Jika sudah, bila ia tamat dan apa tindakan susulannya. Jika belum, mengapa ia mengambil masa yang begitu panjang, walaupun banyak hasil perjumpaan yang terkandung dalam laporan panel siasatan bebas yang ditubuhkan oleh Kementerian Pengangkutan pada 10.6.2010 boleh memudahkan penyiasatan polis?

(5) YB Dato Sri ONG TEE KEAT minta Menteri Pertanian menyatakan

(a) Mengapa Kementerian tidak melaksanakan keputusan Jemaah Menteri agar membenarkan kaum nelayan dalam kategori zon B menggajikan pekerja asing yang sah sebagai pembantu mereka mulai 01.06.2010.

(b) Setakat ini berapa orang nelayan telah disabitkan kesalahan menggaji pekerja asing selepas 01.06.2010?

(6) YB Dato Sri ONG TEE KEAT minta Perdana Menteri menyatakan samada terdapat unsur-unsur tertentu yang menghalang pendakwaan individu-individu yang terbabit dalam kes PKFZ. Jika ada, sila jelaskan ragam dan puncanya. Jika tiada, apakah ia bermaksud tiada individu lain yang dijangka akan diheret ke muka pengadilan selepas Tun Ling Liong Sik.

(7) YB Dato Sri ONG TEE KEAT minta Perdana Menteri menyatakan samada Pasukan Petugas yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara untuk mengkaji kes PKFZ telah mengemukakan sebarang laporan ‘ turnaround plan’ kepada Jemaah Menteri. Jika ya, bila dan apa cadangannya. Jika belum, mengapa?

(8) YB Dato Sri ONG TEE KEAT minta Perdana Menteri menyatakan setakat ini berapa kes penyiasatan rasuah yang membabitkan orang politik telah dijalankan oleh SPRM dan berapa pula telah diheret ke mahkamah. Dari kes-kes yang didakwa itu, berapakah jumlah wang rasuah yang terbabit?

(9) YB Dato Sri ONG TEE KEAT minta Menteri Luar menyatakan bilangan kes penahanan bot nelayan kita oleh pihak berkuasa Indonesia di luar dan dalam perairan kita sejak tahun 2008. Setakat manakah ianya menjejaskan perhubungan dua hala di antara Indonesia dengan negara kita?

YB Dato Sri ONG TEE KEAT minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan mengapa universiti-universiti tertentu yang tersenarai dalam golongan 200 universiti terulung dalam Times Higher Education Survey masih belum diikhtiraf kelayakan akademiknya oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Setakat ini berapa universiti sedemikian dan kursus yang ditawarkan yang masih tidak diberi pengikhtirafan?

Apakah perancangan Kementerian untuk menangani keadaan seperti ini?

Source : http://otkservice.org/en/ong-brings-pkfz-to-parliament 
             http://www.malaysia-chronicle.com/2010/10/ong-tee-keat-to-grill-transport.html 

No comments: